Buku Teks Kimia Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM
Buku Teks Kimia Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kimia Tingkatan 5 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM dan memenuhi keperluan DSKP, buku ini ditulis berasaskan 3 domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Empat tema yang dibincangkan dalam buku ini ialah Proses Kimia, Kimia Organik, Haba dan Teknologi Bidang Kimia.
Buku teks ini dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti Kemahiran Berkir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Keseimbangan Redoks
- Pengoksidaan dan penurunan
- Keupayaan elektrod piawai
- Sel kimia
- Sel elektrolisis
- Pengekstrakan logam daripada bijihnya
- Pengaratan
ii) Bab 2 Sebatian Karbon
- Jenis-jenis sebatian karbon
- Siri homolog
- Sifat kimia dan saling pertukaran sebatian antara siri homolog
- Isomer dan penamaan mengikut IUPAC
iii) Bab 3 Termokimia
- Perubahan haba dalam tindak balas
- Haba tindak balas
- Aplikasi tindak balas eksotermik dan endotermik dalam kehidupan harian
iv) Bab 4 Polimer
- Polimer
- Getah asli
- Getah sintetik
v) Bab 5 Kimia Konsumer dan Industri
- Minyak dan lemak
- Bahan pencuci
- Bahan tambah makanan
- Ubat-ubatan dan bahan kosmetik
- Aplikasi nanoteknologi dalam industri
- Aplikasi Teknologi Hijau dalam pengurusan sisa industri
Muat Turun Buku Teks Kimia Tingkatan 5
Buku Teks Digital Kimia Tingkatan 5 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:
CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my
Baca juga: