Buku teks Matematik Tingkatan 3 ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Buku ini terdiri daripada 9 bab yang disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 3.
Pada permulaan bab, murid akan diperkenalkan kepada bahan rangsangan yang berkaitan dengan kehidupan harian untuk merangsang pemikiran murid tentang konsep sesuatu topik.
Di samping itu, Standard Kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Indeks
- Tatatanda Indeks
- Hukum Indeks
ii) Bab 2 Bentuk Piawai
- Angka Bererti
- Bentuk Piawai
iii) Bab 3 Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
- Simpanan dan Pelaburan
- Pengurusan Kredit dan Hutang
iv) Bab 4 Lukisan Berskala
- Lukisan Berskala
v) Bab 5 Nisbah Trigonometri
- Sinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut Tirus dalam Segi Tiga Bersudut Tegak
vi) Bab 6 Sudut dan Tangen bagi Bulatan
- Sudut pada Lilitan dan Sudut Pusat yang Dicangkum oleh Suatu Lengkok
- Sisi Empat Kitaran
- Tangen kepada Bulatan
- Sudut dan Tangen bagi Bulatan
vii) Bab 7 Pelan dan Dongakan
- Unjuran Ortogon
- Pelan dan Dongakan
viii) Bab 8 Lokus dalam Dua Dimensi
- Lokus
- Lokus dalam Dua Dimensi
ix) Bab 9 Garis Lurus
- Garis Lurus
Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 3
Buku Teks Digital Matematik Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Untuk memuat turun keseluruhan buku teks digital dari Portal DELIMA, sila rujuk pautan berikut: