Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4 ini diterbitkan dengan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain.

Buku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus mempelajari mata pelajaran Perniagaan selain memasukkan unsur kepelbagaian latihan dan informasi tambahan.

Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan juga untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan.

Kandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan menyeluruh.

Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

  • Pengenalan
  • Tujuan Perniagaan
  • Bentuk Pemilikan Perniagaan
  • Bentuk-bentuk Perniagaan Lain
  • Klasifikasi Perniagaan
  • Skala Perniagaan
  • Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan
  • Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia

ii) Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan

  • Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau
  • Trend Persekitaran Perniagaan
  • Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
  • Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan

iii) Bab 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

  • Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
  • Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza
  • Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan
  • Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan
  • Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu
  • Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif
  • Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
  • Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih

iv) Bab 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan

  • Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
  • Tujuan Setiap Bahagian Fungsian
  • Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu
  • Penggunaan Teknologi Maklumat
  • Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain
  • Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua Perniagaan Berlainan

Muat Turun Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4

Buku Teks Digital Perniagaan Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:

Skema Jawapan

Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:

CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: