Buku Teks RBT Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM
Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2 ini diterbitkan dengan berpandukan objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Buku ini digarap dengan teliti dengan menekankan kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, serta kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian agar murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.
Menariknya, pelbagai bahan tambahan serta ciri-ciri istimewa dimasukkan ke dalam buku ini bagi merangsang minat murid terhadap RBT di samping meningkatkan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.1 Pengenalpastian Masalah
- Mengenal pasti masalah bukan inventif dan inventif
- Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif
1.2 Analisis Fungsi
- Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
- Melukis sistem fungsi
- Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi
1.3 Percanggahan Fizikal
- Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal
- Mencadangkan pemilihan prinsip inventif
- Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif
- Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif
ii) Bab 2 Aplikasi Teknologi
2.1 Teknologi Pembuatan
- Mengenal pasti teknologi pembuatan produk
- Menghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden
- Membanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses penghasilan produk
- Membuat lakaran model 3D bermaklumat
- Menganalisis lakaran model 3D
- Membuat acuan model 3D
- Membuat model 3D berdasarkan proses kerja
- Membuat kemasan model menggunakan konsep electrostatic dan electroplating
- Menilai model 3D yang telah dihasilkan
- Menjana idea untuk penghasilan reka bentuk produk yang lebih efisien
2.2 Reka Bentuk Mekanikal
- Mengenal pasti komponen mekanikal
- Bagaimana sistem mekanikal berfungsi pada produk yang dipilih?
- Menghasilkan lakaran 3D reka bentuk gajet yang menggunakan komponen sistem mekanikal yang dipilih
- Menganalisis kesesuaiankomponen yang digunakan untuk membina gajet
- Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem mekanikal produk yang dipilih untuk membina gajet
- Membina gajet mekanikal berfungsi
- Cadangan penambahbaikan kepadansistem tersebut oleh murid
2.3 Reka Bentuk Elektrik
- Elemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban, dan kawalan
- Menunjukkan cara reka bentuk litar peralatan elektrik
- Membuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar
- Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektrik yang akan dibuat
- Menganalisis elemen sistem elektrik pada gajet yang akan dihasilkan
- Membina gajet elektrik berfungsi
- Membuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet
- Mencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina
2.4 Reka Bentuk Elektronik
- Menyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan mikropemproses (microprocessor)
- Menjelaskan bahagian-bahagian yang terdapat dalam mikropengawal (microcontroller)
- Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik
- Membina litar simulasi yang berfungsi dengan perisian khas
- Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal (microcontroller)
- Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar output
- Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik
- Mencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik
2.5 Reka Bentuk Akuaponik
- Maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk akuaponik
- Kelebihan reka bentuk sistem akuaponik
- Mengenal pasti komponen akuaponik
- Melakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat
- Menganalisis lakaran reka bentuk sistem akuaponik
- Membina model reka bentuk sistem akuaponik
- Menilai model reka bentuk sistem akuaponik
- Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien
2.6 Reka Bentuk Makanan
- Mentakrifkan reka bentuk makanan
- Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan
- Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan
- Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk dan pembungkusan makanan
- Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan
- Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan
Muat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 2
Buku Teks Digital RBT Tingkatan 2 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
BACA JUGA : CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA