Buku Teks RBT Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM
Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 ini diterbitkan berpandukan objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini diolah berdasarkan empat domain, iaitu Apresiasi Produk Reka Bentuk, Aplikasi Teknologi, Pembuatan Produk dan Penilaian Reka Bentuk Produk agar murid menjadi individu yang dapat bersaing di peringkat global serta memahami teknologi terkini yang mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Aplikasi Teknologi
1.1 Reka Bentuk Mekatronik
- Menyatakan maksud reka bentuk mekatronik
- Mengenal pasti elemen mekatronik
- Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada
- Menghasilkan gambar rajah blok (block diagram) produk mekatronik sedia ada
- Menghasilkan lakaran bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang terlibat
- Membuat penambahbaikan kepada produk berdasarkan lakaran yang telah dibuat
- Membuat penilaian kefungsian produk yang telah diubah suai
ii) Bab 2 Penghasilan Produk
2.1 Penghasilan Produk
- Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan projek brief
- Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk
- Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk yang dipersetujui dalam bentuk lakaran
- Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat
- Menyediakan jadual kerja
- Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk
- Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian
- Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk
- Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian
- Menyediakan dokumentasi
iii) Bab 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan
3.1 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
- Menyatakan maksud pemasaran
- Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran
- Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
- Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan
- Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih
- Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk
- Menghasilkan reka bentuk pengiklanan
Muat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 3
Buku Teks Digital RBT Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Untuk memuat turun keseluruhan buku teks digital dari Portal DELIMA, sila rujuk pautan berikut: