Buku Teks Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM
Buku Teks Sains Tingkatan Satu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan untuk murid Tingkatan 1 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 1 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini juga digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
Penulisan buku ini lebih memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada hari ini.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
- Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian
- Makmal Sains Anda
- Kuantiti Fizik dan Unitnya
- Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat
- Ketumpatan
- Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik
- Sikap Saintifik dan Nilai Murni dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik
ii) Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan
- Sel – Struktur, Fungsi dan Organisasi
- Respirasi Sel dan Fotosintesis
iii) Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas
- Homeostasis dalam Benda Hidup
iv) Bab 4 Pembiakan
- Pembiakan Seks dan Aseks
- Sistem Pembiakan Manusia
- Kitar Haid
- Persenyawaan dan Kehamilan
- Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fetus dan Bayi
- Kemandulan dan Pencegahan Kehamilan
- Pembiakan Tumbuhan
v) Bab 5 Jirim
- Jirim dalam Alam
- Tiga Keadaan Jirim
vi) Bab 6 Jadual Berkala
- Pengelasan Unsur
- Campuran
- Sebatian
vii) Bab 7 Udara
- Komposisi Udara
- Pembakaran
- Pencemaran Udara
viii) Bab 8 Cahaya dan Optik
- Penggunaan Cermin
- Sifat Cahaya
- Pantulan Cahaya
- Pembiasan Cahaya
- Penyebaran Cahaya
- Penyerakan Cahaya
- Penambahan dan Penolakan Cahaya
ix) Bab 9 Bumi
- Sistem dan Struktur Bumi
- Bahan Bumi
- Proses Utama Bumi
- Fenomena Geobencana
- Usia Bumi
- Sumber Bumi dan Geologi Gunaan
Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 1
Buku Teks Digital Sains Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:
BACA JUGA : CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA