Buku Teks Sains Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM
Buku Teks Sains Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan untuk murid Tingkatan 4 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 4 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini diterbitkan berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif, kritis dan mempunyai nilai-nilai murni.
Penulisan buku teks ini menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi (KBAR dan KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan, serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya setiap murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut yang diperlukan pada abad ke-21.
Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal
- Peralatan Perlindungan Diri
- Pembuangan Bahan Sisa
- Pemadam Kebakaran
ii) Bab 2 Bantuan Kecemasan
- Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR)
- Heimlich Manoeuvre
iii) Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan
- Suhu Badan
- Kadar Denyutan Nadi
- Tekanan Darah
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)
iv) Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam
- Kelestarian Alam Sekitar
- Sektor Tenaga
- Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
- Sektor Pertanian dan Perhutanan
- Sektor Pengangkutan
- Teknologi Hijau dan Kehidupan
v) Bab 5 Genetik
- Pembahagian Sel
- Pewarisan
- Mutasi
- Teknologi Kejuruteraan Genetik
- Variasi
vi) Bab 6 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan
- Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan
- Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia
- Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan
vii) Bab 7 Koordinasi Badan
- Sistem Endokrin Manusia
- Gangguan kepada Koordinasi Badan
- Minda yang Sihat
viii) Bab 8 Unsur dan Bahan
- Asas Jirim
- Jadual Berkala Unsur Moden
- Isotop
ix) Bab 9 Kimia Industri
- Aloi
- Kaca dan Seramik
- Polimer
x) Bab 10 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan
- Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari
- Radikal Bebas
- Bahan Antioksidan
- Produk Kesihatan
xi) Bab 11 Daya dan Gerakan
- Gerakan Linear
- Graf Gerakan Linear
- Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas
- Jisim dan Inersia
xii) Bab 12 Tenaga Nuklear
- Penggunaan Tenaga Nuklear
- Penghasilan Tenaga Nuklear
- Impak Penggunaan Tenaga Nuklear
- Tenaga Nuklear di Malaysia
Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 4
Buku Teks Digital Sains Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah: