Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 Sekolah Menengah merupakan buku teks yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Buku ini mengandungi lapan bab berdasarkan tema Sejarah Kita dan Dunia manakala standard kandungannya mengandungi Pengenalan Ilmu Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah serta Tamadun Dunia dan Sumbangannya.

Tamadun pula dunia dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu Tamadun Awal Dunia, Peningkatan Tamadun dan Tamadun Islam.

Kandungan Buku Teks

Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Mengenali Sejarah

  • Pengertian Sejarah
  • Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
  • Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
  • Sumber Sejarah
  • Penyelidikan dalam Sejarah
  • Tafsiran dalam Sejarah
  • Kepentingan Mempelajari Sejarah
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

ii) Bab 2 Zaman Air Batu

  • Dunia Kita
  • Zaman Air Batu
  • Garis Masa Zaman Air Batu
  • Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir
  • Perubahan Zaman Air Batu Akhir
  • Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

iii) Bab 3 Zaman Prasejarah

  • Maksud Zaman Prasejarah
  • Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia
  • Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
  • Kesinambungan Sumbangan Zaman
  • Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia
  • Zaman Prasejarah di Malaysia
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

iv) Bab 4 Mengenali Tamadun

  • Maksud Tamadun
  • Konsep Tamadun
  • Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

v) Bab 5 Tamadun Awal Dunia

  • Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
    – Tamadun Mesopotamia
    – Tamadun Mesir Purba
    – Tamadun Indus
    – Tamadun Huang He
  • Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

vi) Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom

  • Tamadun Yunani
  • Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani
  • Tamadun Rom
  • Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

vii) Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China

  • Tamadun India
  • Tamadun China
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

viii) Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya

  • Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
  • Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
  • Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
  • Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia 174
  • Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina
  • Kesimpulan
  • Pemahaman dan Pemikiran Kritis
  • Arif dan Peka Sejarah

Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:

SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN DAN PEMIKIRAN KRITIS BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN SATU KPM

SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN DAN PEMIKIRAN KRITIS

BAB 1 (halaman 21 dan 22)

1. B
2. A
3. Melihat piala kristal di depan saya ini saya teringat peristiwa pada tahun 2016 yang pada saya amat bersejarah. Pada tahun tersebut, saya telah dianugerahkan sebagai Tokoh Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Maju Jaya. Saya menganggapnya bermakna dan bersejarah kerana pada majlis ini, Pengarah Pelajaran Negeri sendiri yang memberikan penganugerahan ini. Bukan mudah untuk saya bersalaman dan bertemu dengan Tuan Pengarah Pelajaran negeri. Selain itu, majlis ini juga bermakna pada saya kerana
kehadiran seluruh ahli keluarga saya termasuklah abang sulung saya yang ketika itu pulang dari luar negara khusus untuk meraikan kejayaan saya. Lebih bersejarah lagi majlis ini diadakan sempena Hari Kecemerlangan Sekolah yang jatuh bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-12 tahun.

4. (i) Di tapak kerja:
(a) Merancang grid
(b) Menandakan kawasan
(c) Ekskavasi

(ii) Di makmal:
(a) Menyisihkan
(b) Membersihkan
(c) Mengkatalogkan
(d) Menganalisis

5. Situasi 1: Kaedah yang paling sesuai digunakan oleh Swee Lan ialah kaedah lisan, iaitu menemu bual dengan orang sumber, keluarga dan rakan-rakan Dr. Farah Hani Imran. Kaedah bertulis juga boleh digunakan dengan menggunakan majalah sekolah, akhbar dan sebagainya.

Situasi 2: Rajesh boleh menggunakan kaedah lisan dengan menemu bual orang sumber, keluarga dan rakan-rakan Datuk Santokh Singh. Kaedah bertulis juga boleh digunakan dengan merujuk kepada akhbar, buku catatan harian dan sebagainya.

Situasi 3: Kebaikan menyimpan gambar-gambar lama dari sudut sejarah adalah kerana gambar-gambar ini boleh digunakan sebagai rujukan dan bukti atas sesuatu peristiwa. Selain mempunyai kualiti ilmu dan kenangan yang tersendiri, gambar tersebut juga membolehkan generasi akan datang mengenali asal usul dan budaya masyarakat terdahulu.

Muat turun sepenuhnya:

CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: