Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Pembinaan Negara yang mana tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama.

Tajuk pertama, Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Warisan Negara Bangsa, Nasionalisme dan Nasionalisme di Negara Kita.

Tajuk kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air yang mengandungi lima bahagian, iaitu Konflik Dunia dan Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun, Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita, Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 1948.

Tajuk ketiga ialah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibahagikan
kepada empat bahagian, iaitu Usaha ke Arah Kemerdekaan, Pilihan Raya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.

Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

i) Bab 1 Warisan Negara Bangsa

  • Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
  • Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
  • Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
  • Peranan Pemerintah dan Rakyat

ii) Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme

  • Maksud Nasionalisme
  • Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
  • Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
  • Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
  • Perkembangan Nasionalisme
  • Kesan Perkembangan Nasionalisme

iii) Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

  • Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
  • Latar Belakang Perang Dunia
  • Perang Dunia Kedua
  • Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
  • Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
  • Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
  • Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
  • Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

iv) Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

  • British Military Administration
  • Gagasan Malayan Union
  • Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
  • Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
  • Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
  • Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
  • Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

v) Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

vi) Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

  • Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
  • Ancaman Komunis di Negara Kita
  • Usaha Menangani Ancaman Komunis
  • Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:

Skema Jawapan

CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: