Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Dalam erti kata yang lain, Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya manakala Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
Walaupun kedua-duanya membawa maksud hampir sama, tetapi wujud perbezaan ketara antara keduanya.
Perbezaan Cakap Ajuk & Pindah
Perbezaan kedua-dua perkara ini boleh dilihat menerusi jadual di bawah:
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
Percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan. | Perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. |
Tiada sebarang pindaan yang dilakukan. | Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. |
Dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ ) | Tanda petik (“…”) tidak digunakan. |
Contoh Ayat
Untuk mengetahui perbezaannya dengan lebih jelas, sila rujuk contoh ayat di bawah sebagai panduan:
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
“Cuci tangan kamu” kata Cikgu Fauziah kepada Ahmad. | Cikgu Fauziah menyuruh Ahmad mencuci tangannya. |
“Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Kassim,” kata Encik Sundra. | Encik Kassim mempersilakan Encik Sundra ke rumahnya pada malam nanti. |
“Mengapa tidak hadir semalam, Hafiz?” tanya Ustaz Hakim. | Ustaz Hakim bertanya kepada Hafiz sebab dia tidak hadir semalam. |
Perubahan Perkataan
Perubahan perkataan atau kata ganti nama perlu diambil perhatian bagi kedua-dua perkara ini:
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
saya, aku, hamba | dia, ia, nya, beliau |
beta | baginda |
kami, kita | mereka |
anda, awak, kamu, engkau | saya, dia, nya |
dia | dia |
beliau | beliau |
mereka | mereka |
ini | itu |
itu | itu |
sini | situ, sana, tempat itu |
begini | begitu |
demikian ini | demikian itu |
sekarang | masa itu, ketika itu |
malam tadi | malam semalamnya |
semalam | semalamnya |
hari ini | hari itu |
esok | esoknya, keesokan harinya, hari itu |
Sumber: https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/cakap-ajuk-dan-cakap-pindah?authuser=0