Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2025

Calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025, permohonan masih boleh dibuka bagi pendaftaran secara atas.

Apa Itu SPM?

SPM merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan ini perlu diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak..

Oleh itu, individu yang berhasrat untuk mendaftar sebagai calon persendirian SPM bagi tahun ini boleh membuat pendaftaran mulai 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.

Mata Pelajaran Yang Boleh Ditawarkan

Peperiksaan ini ditawarkan kepada semua mata pelajaran yang ditawarkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Calon Persendirian yang pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM hendaklah mendaftar 6 mata pelajaran teras iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains

Calon juga tidak dibenarkan mendaftar Sains sekiranya mendaftar mana-mana 2 mata
pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

Calon Islam wajib mendaftar Pendidikan Islam dan calon tidak dibenarkan mendaftar Pendidikan Islam jika calon mendaftar kedua-dua mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM adalah seperti berikut:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  2. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
  3. Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di https://sppat.moe.gov.my.

Tatacara Pendaftaran

Tatacara pendaftaran yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.

2. Klik Bahagian ‘Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM dan SPMU)’ dan pilih peperiksaan yang dikehendaki.

3. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’

4. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’

5. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’

6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

7. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

8. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’

9. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’

10. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’

11. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran calon persendirian SPM 2025, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

Baca juga: Ujian UKM1 Genius@Pintar: Pencarian Murid Pintar 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: