Cara Buka Akaun CIMB Online Dengan Mudah & Cepat

Bgai mereka yang ingin membuka akaun bank CIMB, ketahui cara buka akaun CIMB Online dengan mudah dan cepat.

Orang ramai boleh membuka akaun CIMB tanpa perlu melalui kaunter melalui CIMB OctoSavers Saving Account-i.

Bagi yang membuka akaun bank ini, tiada sebarang yuran tahunan dikenakan untuk CIMB OctoSavers Saving Account-i.

Syarat Kelayakan

Untuk membuka akaun bank ini, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas
  2. Merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan atau MyKad.
  3. Mempunyai nombor telefon dan alamat email yang sah.
  4. Tidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB sebelum ini.
  5. Mempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri.
  6. Mestilah mendeposit RM20 bagi pembukaan akaun ini.

Cara Buka Akaun CIMB Online (Octosavers)

Bagi mengetahi cara buka akaun CIMB Online, sila ikuti panduan di bawah:

1. Muat turun aplikasi CIMB Apply melalui:
– Google Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cimb.ekyc&hl=en&gl=US&pli=1
– Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/cimb-apply/id1529991404

2. Buka aplikasi yang dimuat turun dan klik ‘Open OctoSavers Account.’

buka akaun cimb online

3. Klik ‘Apply Now’ dan pergi pada ‘Begin Application.’

buka akaun cimb online

4. Dalam bahagian Contact Details, lengkapkan nombor telefon dan alamat email yang sah. Kemudian klik ‘Request SMS OTP Code’ dan masukkan nombor OTP yang diterima.

buka akaun cimb online

5. Buat pengesahan identiti dengan imbas bahagian depan dan belakang MyKad serta mengambil gambar swafoto. Sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan klik pada ‘Confirm Details.’

buka akaun cimb online

6. Jawab soalan pengesahan yang diberikan dan klik ‘Submit.’

7. Isi maklumat permohonan, kemudian klik ‘Save and Continue.’ Isi bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan dan klik ‘Confirm Details.’

8. Semak maklumat permohonan dan klik ‘Submit and Apply.’ Pindahkan deposit minimum RM20 daripada akaun bank lain yang didaftarkan nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan klik ‘Proceed.’

9. Buat CIMB Clicks ID termasuk User ID, kata laluan, SecureWord dan sebagainya.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: