Cara Daftar Rider Ninja Van Secara Online

Bgai individu yang berminat dan ingin untuk menceburi bidang penghantaran barang, ketahui cara daftar rider Ninja Van yang boleh dibuat hanya secara online.

Ninja Van adalah penyedia perkhidmatan logistik dan penghantaran barangan yang beroperasi di beberapa negara-negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, dan Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rider untuk syarikat ini, anda boleh membuat pendaftaran dengan segera!

Mengenai Ninja Van

Syarikat penghantaran barangan ini ditubuhkan pada 2014 oleh tiga orang secara bersama iaitu Lai Chang Wen, Boxian Tan dan Shaun Chong.

Di Malaysia, Ninja Van merupakan salah satu servis penghantaran barang yang popular dan ditawarkan kepada orang ramai selain kurier Pos Laju, Shopee Express dan J&T Express. 

Sehingga kini, syarikat ini mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Lembah Klang.

Syarikat ini juga telah memenangi beberapa anugerah antaranya:

  • Diperakui dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 untuk Operasi Perkhidmatan Penghantaran Perbatuan Terakhir sejak November 2019.
  • Mendapat Amalan Pengedaran Untuk Peranti Perubatan yang Baik terutamanya dalam mengendalikan produk Peranti Perubatan seperti Penyimpanan & Pengendalian, Gudang, Pengedaran (perkhidmatan penghantaran), dan Dokumentasi (termasuk kebolehkesanan), dengan mematuhi keperluan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Perkhidmatan Ninja Van

Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ninja Van di Malaysia iaitu:

  • B2C untuk pelanggan
  • C2C untuk pelanggan berjalan masuk (walk in)
  • Pick-Up & Drop off (PUDO)

Keistimewaan Bekerja Dengan Ninja Van

Terdapat beberapa keistimewaan yang bakal dinikmati oleh mereka yang bekerja dengan Ninja Van iaitu:

  • Untung Gaji bersih dari RM3000 – RM5000
  • Caruman KWSP dan SOCSO
  • Bonus tahunan
  • Insuran disediakan
  • Kenaikan gaji
  • Elaun minyak, telefon dan kehadiran

Syarat Permohonan

Untuk menjadi rider Ninja Van, pemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berusia 18 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai lesen kenderaan yang sah.

Cara Daftar Rider Ninja Van

Untuk mendaftar sebagai rider Ninja Van, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Lari pautan pendaftaran iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfg0rxyy34uaNV8a_XI92Z-eYABYRls1PJ0t7411Rn50iIwfw/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik ‘Submit’ untuk melengkapkan pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rider Ninja Van, sila layari laman web https://www.ninjavan.co/en-my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: