Cara Kira GPA & CGPA UiTM (Pointer Setiap Semester)

Bagi pelajar UiTM, anda boleh mengetahui CGPA lebih awal jika anda mengetahui cara kira CGPA UiTM.
CGPA atau Cumulative Grade Point Average ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul setiap semester.
Dalam erti kata yang lain, CGPA ialah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui oleh seseorang pelajar.
Ini bermakna, jumlah pointer dari semester satu sehingga sehingga semester akhir dikira bagi mendapatkan purata nilai semester yang telah dilalui.
Pelajar boleh memperbaiki CGPA mereka dengan meningkatkan grade GPA (Grade Point Average) pada setiap semester.
Gred & Markah Peperiksaan
Gred dan markah peperiksaan yang digunakan di UiTM adalah seperti berikut:
Cara Pengiraan CGPA UiTM
Menerusi perkongsian daripada Zida Fira, berikut cara kira CGPA UiTM:
i) Keputusan Semester 1
Subjek | Kredit | Gred | Mata Nilai | Jumlah Mata Nilai |
Programming For Engineers | 3 | B | 3.00 | 9.00 |
Statistics | 3 | B | 3.00 | 9.00 |
Thermodynamics I | 3 | A- | 3.70 | 11.10 |
Laboratory I | 2 | A- | 3.70 | 7.40 |
Calculus | 2 | B- | 2.70 | 5.40 |
English For Academic Communication | 2 | B- | 2.70 | 5.40 |
Islamic And Asian Civilization I | 2 | B+ | 3.30 | 6.60 |
Pengiraan GPA Bagi Semester 1 adalah seperti berikut:
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai/Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60/3+3+3+2+2+2+2
Ini bermakna, GPA semester 1 = 3.17
ii) Keputusan Semester 2
Subjek | Kredit | Gred | Mata Nilai | Jumlah Mata Nilai |
Dynamics | 3 | B | 3.00 | 9.00 |
Engineering Drawing | 3 | B+ | 3.30 | 9.90 |
Material Science | 3 | C- | 1.70 | 5.10 |
Engineering Mathematics | 3 | B- | 2.70 | 8.10 |
Islamic And Asian Civilization II | 2 | B- | 2.70 | 5.40 |
Swimming I | 1 | A | 4.00 | 4.00 |
GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai/Hasil tambah semua kredit
GPA = 9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00/3+3+3+3+2+1
Ini bermakna, GPA sem 2 = 2.77
Untuk mengira CGPA pula, GPA semester 1 adalah sama CGPA semester 1 kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1 iaitu 3.17.
Untuk pengiraan CGPA Bagi semester 2 pula, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
Ini bermakna, CGPA semester 2 = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
CGPA = 53.90+41.50/17+15
Jadi, CGPA semester 2 = 2.98
Baca juga: