Cara Kira Overtime (Kerja Lebih Masa)

Bagi pekerja yang sering mendapat overtime atau kerja lebih masa, anda boleh mengetahui cara kira overtime yang telah mereka lakukan.

Lazimnya, setiap syarikat atau organisasi menguruskan pembayaran overtime melalui bahagian kewangan.

Namun, setiap pekerja berhak untuk mengetahui bayaran overtime mereka yang telah dilakukan.

Akta Pekerja 2022

Untuk makluman, kerajaan telah meminda Akta Pekerja 1955 yang berkuatkuasa 1 September 2022.

Perubahan utama yang telah dipinda menerusi akta ini adalah:

  • Jumlah waktu bekerja dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Jika pekerja bekerja lebih daripada tempoh itu, ianya akan dikira sebagai overtime.
  • Pekerja yang bergaji di bawah RM4,000 juga layak untuk dapat overtime tanpa mengira pangkat. Sebelum pindaan dilakukan, hanya pekerja dengan gaji RM2,000 ke bawah sahaja yang layak untuk mendapat bayaran overtime.

Jumlah Bekerja

Sebelum kiraan overtime dilakukan, kita perlu mengetahui jumlah hari bekerja mengikut Akta Pekerja yang baharu:

  • Sekiranya pekerja bekerja 6 hari seminggu: 45 jam/6 hari = 7.5 jam sehari
  • Sekiranya pekerja bekerja 5 hari seminggu: 45 jam/5 hari = 9 jam sehari

Selepas mengetahui hari bekerja, kadar harian overtime adalah seperti berikut:

  • Ordinary Rate of Pay (ORP): Gaji pokok/26
  • Hour Rate of Pay (HRP): Jika bekerja 8 jam, bahagikan ORP dengan 8

Kemudian, tentukan jenis hari untuk mendapat overtime:

  • Hari Biasa: 1.5
  • Hari Rehat: 2.0
  • Cuti Umum: 3.0

Kiraan ORP dan HRP

Untuk mendapatkan kadar ORP, formula untuk mendapatkan ORP adalah seperti berikut:

ORP: Gaji bulanan/26

Sebagai contohnya, jika gaji pekerja gaji RM4,000, maka:

RM 4,000/26 = RM153.85

Jadi, RM 153.85 adalah OPR tersebut.

Bagi mendapat HRP, bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja:

RM 153.85/8 = RM 19.23.

Jika pekerja tersebut bekerja 8.5 jam, maka HRP mereka adalah:

RM153.85/7.5 = RM20.51

Cara Kira Overtime

Untuk mengira bayaran overtime, formula untuk cara kira overtime adalah seperti di bawah:

HRP x Jumlah Jam Anda Buat Overtime x Gandaan Hari Overtime

Jika anda seseorang pekerja bekerja lebih masa 3 jam pada hari biasa dan HRP mereka adalah RM 19.23, maka kiraan gaji overtime adalah:

RM 19.23 x 3 x 1.5 = RM 86.54

Jika overtime dibuat selama 3 jam pada Cuti Umum, pekerja tersebut akan mendapat bayaran 3 kali ganda:

RM 19.23 x 3 x 3: RM 173.07

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: