Cara Mohon Pembiayaan Pinjaman PTPK

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi TVET boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman PTPK atau Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

PTPK ialah agensi yang menawarkan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian sama ada di institusi TVET awam atau swasta.

Agensi ini merupakan agensi yang diperbadankan pada 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Akta 460).

Sasaran pembiayaan pinjaman ini diberikan kepada golongan pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi TVET di dalam negara.

Kadar Pinjaman PTPK

Kadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah daripada RM2,500 sehingga RM24,000.

Elaun Sara Hidup

Pelajar yang layak mendapat pinjaman ini juga akan mendapat Elaun Sara Hidup sebanyak RM400 seorang.

Program Layak Memohon Pinjaman PTPK

Program yang layak memohon pembiayaan pinjaman ini adalah:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Tatacara Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pelajar perlu mendaftar dan memulakan latihan di Pusat Latihan/Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  2. Pelajar membuat permohonan pinjaman melalui Pusat Latihan/Penyedia Latihan secara online.
  3. Tunggu kelulusan permohonan sewal 1 hari bekerja.
  4. Surat Tawaran Latihan Kemahiran akan dikeluarkan.
  5. Pelajar diminta mengemukakan dokumen serta salinan Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran.
  6. Buat semakan dokumen Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran yang dikemukakan.
  7. Yuran latihan akan dibayar terus kepada Pusat Latihan/Penyedia Latihan manakala Elaun Sara Hidup disalurkan terus kepada pelajar.

Maklumat Lanjut Pinjaman PTPK

Maklumat lanjut mengenai pembiayaan pinjaman PTPK, sila layari laman web https://www.ptpk.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: