Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan program perumahan yang diwujudkan oleh SPNB untuk membantu rumah tangga untuk mendapatkan rumah yang selesa.
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Bagi mereka yang ingin memiliki rumah ini, mereka perlu menyemak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Konsep Rumah Mesra Rakyat
Konsep rumah ini ditawarkan kepada orang ramai adalah seperti berikut:
- Rumah sesebuah 1 tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
- Keluasan rumah ialah 750 kps.
- Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) adalah 3,000 kps (279 mps).
- Harga yang ditawarkan:
– Semenanjung Malaysia: RM 75,000
– Pulau di Semenanjung Malaysia: RM 85,000
– Sabah/Sarawak/Labuan: Bermula RM 75,000 - Subsidi (pembinaan): RM 20,000
- Bayaran Bulanan: Serendah RM300
Reka Bentuk Rumah
Reka bentuk rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon rumah program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Klik ‘Pendaftaran Baru’ dan isi borang pendaftaran dengan lengkap.
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
- Log masuk ke laman utama.
- Lengkapkan borang secara online.
- Cetak borang setelah selesai melengkapkan borang tersebut.
- Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
- Semak maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon.
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, sila layari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.