Cara Semak & Ambil Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kemasukan sesi Oktober 2022 boleh membuat semak dan mendapatkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

WPP adalah wang pendahuluan yang diberikan oleh PTPTN berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA.

Untuk kemasukan sesi Oktober 2022, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM42.4 juta WPP kepada seramai 28,278 pelajar yang layak.

Syarat Pemberian

Syarat pemberian WPP kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.
  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia.
  3. Ibu bapa/Penjaga/Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.
  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

Tatacara Semak

Untuk menyemak tawaran WPP ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang kanta di sebelah kotak no kad pengenalan.
  4. Status tawaran dipaparkan.

Kaedah Penuaian

Pelajar boleh mengambil wang ini di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my).
  2. MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan).

Tempoh sah laku penuaian WPP ini adalah selama dua bulan bermula 5 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai WPP PTPTN, sila hubungi pihak PTPTN di talian 03–2193 3000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *