Cara Semak Keputusan SPM 2022 Mulai 8 Jun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan mula dikeluarkan mulai 8 Jun 2023, pada hari Khamis.

SPM merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan ini diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diikuti.

Untuk makluman, seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Objektif Pelaksanaan SPM

Objektif utama pelaksanaan SPM adalah persijilan mata pelajaran yang merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

SPM juga penting kerana peperiksaan ini lazimnya digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan kursus yang dipohon.

Matapelajaran SPM

Bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM, mereka akan menduduki peperiksaan yang dibahagikan kepada dua jenis matapelajaran iaitu wajib dan elektif.

Matapelajaran wajib adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris/GCE O Level English
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics/Matematik
  • Sains- Bagi aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

Untuk matapelajaran elektif pula, ia terbahagi kepada 6 aliran iaitu:

i) Aliran Sains Tulen

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology

ii) Aliran Sains Tulen Agama

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Bahasa Arab Tinggi

iii) Aliran Ikhtisas

  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

iv) Aliran Sains Kemanusiaan

  • Matematik tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

v) Aliran Kesusasteraan/Kesenian

  • Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

vi) Aliran Perdagangan

  • Matematik Tambahan
  • Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

Cara Semak Keputusan SPM 2022

Terdapat 3 cara yang boleh digunakan oleh murid dan ibu bapa untuk mendapatkan keputusan SPM 2022 iaitu:

1. Melalui sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2022.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 08 Jun 2022.

2. Dalam Talian

Semakan keputusan peperiksaan boleh secara dalam talian boleh dibuat melalui di pautan https://myresultspm.moe.gov.my

Murid dan ibu bapa boleh membuat semakan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip:

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Maklumat Lanjut

Layari laman web https://www.moe.gov.my/ untuk membaca kenyataan penuh mengenai keputusan SPM 2022.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: