Cara Semak Keputusan STPM 2021 Mulai 18 Ogos 2022

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan mula dikeluarkan mulai 18 Ogos 2022 iaitu pada hari Khamis.

STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dilaksanakan oleh MPM.

Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.

Cara Mendapatkan Keputusan

3 cara yang boleh digunakan oleh murid dan ibu bapa untuk mendapatkan keputusan STPM 2021 iaitu:

1. Melalui sekolah

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

2. Dalam Talian

Semakan keputusan peperiksaan boleh secara dalam talian boleh dibuat melalui di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Semakan boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip:

STPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad)

Maklumat Lanjut

Layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/ mengenai keputusan STPM 2021.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: