Contoh Format & Template Minit Mesyuarat Ringkas & Padat

Setiap mesyuarat yang dijalankan termasuk di sekolah perlu mengandungi minit mesyuarat yang merakamkan setiap butiran dan agenda mesyuarat yang dibincangkan.

Butiran ini amat penting bagi memastikan setiap perkara berbangkit telah dicatatkan secara hitam putih.

Kebiasaannya, setiausaha akan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mencatatkan setiap butiran dan perincian yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara mencatat minit dalam sebarang bentuk perjumpaan dalam organisasi, sekolah dan sebagainya.

Pengenalan

Minit mesyuarat ialah catatan mengenai setiap butiran yang telah dibincangkan atau dipersetujui di dalam mesyuarat.

Tujuan minit ini ditulis adalah untuk memastikan setiap perkara yang dibincangkan dan dipersetujui diambil tindakan selain menjadi dokumen rujukan rasmi setiap mesyuarat.

Dokumen ini mempunyai format yang tersendiri dan perlu mengikut format yang ditetapkan.

Contoh Format Minit Mesyuarat

Setiap minit yang ditulis perlu mengikut format seperti berikut:

1. Maklumat Mesyuarat

Maklumat mesyuarat perlu ditulis yang terdiri daripada nama, bilangan mesyuarat, tarikh, masa, tempat, pengerusi mesyuarat, dan kehadiran.

2. Senarai Kehadiran

Senarai kehadiran perlu ditulis dan perlu membezakan sama ada:

  • Hadir
  • Tidak Hadir
  • Turut Serta

3. Perutusan Pengerusi

Perutusan pengerusi mengandungi catatan tentang perkara penting yang dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat.

contoh minit mesyuarat

4. Pengesahan Minit

Pengesahan minit perlu dilakukan sekiranya wujud mesyuarat sebelumnya.

5. Kandungan Perbincangan

Kandungan minit perlu memperincikan setiap butiran perbincangan yang dilakukan.

contoh minit mesyuarat

6. Hal-Hal Lain

Hal-hal lain ialah perkara yang tidak terkandung di dalam agenda mesyuarat yang dibangkitkan oleh ahli mesyuarat.

contoh minit mesyuarat

7. Penutup atau Ucapan Penangguhan

Ucapan penangguhan adalah ucapan penutup daripada pengerusi mesyuarat untuk menutup mesyuarat.

8. Tandatangan Pihak yang Menyediakan dan Semakan

Di akhir minit ini ditulis, pastikan ruangan tandatangan dan pihak yang menyemak minit ini disediakan.

Rujukan: SMK Bukit Rambai

Baca juga:

Contoh Template

Contoh template minit yang boleh dijadikan rujukan oleh para guru adalah seperti berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: