Contoh Quotation & Cara Buat Quotation Secara Online

Bagi mereka yang mempunyai perniagaan, sudah pasti mereka memerlukan contoh quotation untuk dijadikan panduan.

Quotation ialah dokumen penawaran yang mengandungi maklumat produk dan harga yang diberikan kepada pelanggan atau penyedia perkhidmatan.

Dalam erti kata yang lain, dokumen ini merupakan maklumat dan jawapan yang sebenar tentang produk untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Pelanggan kemudiannya akan melalukan pembelian terhadap produk yang ditawarkan berpandukan kepada quotation yang diberi.

Oleh itu, setiap peniaga/usahawan harus mahir untuk membuat quotation agar transaksi penjualan dan pembelian dapat berlaku dengan lancar.

Tujuan Quotation

Tujuan utama quotation diberikan adalah untuk memberikan maklumat dan harga tentang sesuatu produk ditawarkan.

Sebagai contoh, jika seseorang pelangan berminat tentang sesuatu produk, mereka akan bertanya mengenai produk berkenaan.

Lazimnya penjual akan memberikan quotation bagi mendapatkan gambaran secara jelas mengenai unit dan jumlah harga keseluruhan yang ditawarkan.

Ini terutama untuk pembelian dalam satu kuantiti yang agak banyak yang memerlukan maklumat dan harga yang lebih jelas sebelum transaksi pembelian berlaku.

Elemen Dalam Quotation

Di dalam quotation, adalah penting untuk setiap maklumat dan elemen mengenai sesuatu dinyatakan oleh peniaga/usahawan.

Terdapat beberapa elemen yang perlu ada dalam quotation iaitu:

  • Nama syarikat pembekal
  • Alamat syarikat pembekal
  • Tarikh quotation
  • Nombor quotation
  • Logo ataupun letter head syarikat (jika ada)
  • Bilangan item/barang
  • Harga pembelian dalam quotation
  • Jumlah nilai quotation 

Cara Buat Quotation

Para peniaga atau usahawan tidak perlu bimbang untuk membuat quotation kerana kini quotation boleh dibuat hanya secara online!

Salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat quotation secara online adalah Refrens.

Laman web ini membolehkan individu membuat quotation secara atas talian dengan cepat dan pantas.

Untuk mengakses laman web ini, sila klik pautan https://www.refrens.com/en-my/free-online-quotation-generator#refrens-page-form

Contoh Quotation

Namun, jika peniaga/usahawan tidak mahu membuat quotation secara online, mereka masih boleh melakukannya secara manual seperti kebanyakan quotation yang lain.

Berikut diberikan contoh-contoh quotation untuk dijadikan panduan:

i) Contoh 1

ii) Contoh 2

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: