Contoh Slip Gaji & Cara Buat Secara Online

Bagi individu yang mempunyai syarikat sendiri dan mempunya pekerja dibawahnya, salah satu perkara yang perlu dipelajari ialah membuat slip gaji @ payslip.

Pengenalan

Untuk makluman, slip gaji adalah penyataan bukti setiap pembayaran gaji dan faedah yang diperoleh untuk seorang pekerja.

Tujuannya adalah untuk membolehkan setiap pekerja menyemak pendapatan mereka secara terperinci dalam setiap bulan.

Diterangkan di bawah, cara membuat payslip secara online dan contoh template serta format standard yang boleh dijadikan panduan.

Komponen Yang Perlu Ada

Bagi setiap perincian yang ditunjukkan di dalam slip tersebut, terdapat 2 komponen yang perlu ada iaitu komponen penambah dan komponen pengurang:

  • Komponen Penambah: Bersifat tambahan meliputi upah utama, tunjangan tetap, tunjangan kehadiran, upah lembur, dan bonus.
  • Komponen Pengurang: Bersifat pengurangan atas gaji yang diterima pekerja meliputi caruman, pinjaman atau apa-apa perkara yang lain.

Kandungan Maklumat

Di dalam payslip, terdapat beberapa kandungan maklumat yang perlu disertakan iaitu:

  1. Maklumat Syarikat: Sekurang-kurangnya nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat perlu diletakkan. Maklumat lain seperti alamat syarikat juga digalakkan untuk diletakkan.
  2. Maklumat Pekerja: Nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat tersebut.
  3. Maklumat Gaji: Maklumat gaji secara terperinci seperti jumlah gaji pokok, gaji bersih, elaun, caruman KWSP, SOCSO dan lain-lain.

Cara Buat Slip Gaji Secara Online

Untuk membuat sendiri payslip, anda kini boleh membuat secara online sahaja.

Bagi membuatnya, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://paysliper.com/payslip-generator.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  3. Klik ‘Save’ untuk menyimpan.
  4. Untuk mencetak, klik ‘Print’ untuk mencetak slip tersebut.
  5. Slip gaji siap dicetak.

Contoh Slip Gaji

Setiap syarikat mempunyai gaya payslip yang berbeza mengikut kesesuaian.

Contoh-contoh penyata pendapatan menerusi slip ini boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

contoh slip gaji
slip gaji contoh

Slip Gaji Penjawat Awam @ Pekerja Kerajaan

Penyata gaji bulanan bagi penjawat awam diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan.

Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.

Sila layari http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: