Contoh Surat Berhenti Kerja

Bagi individu yang ingin berhenti kerja, salah satu cara untuk memaklumkan perkara tersebut kepada majikan anda adalah dengan menghantar surat berhenti kerja.

Surat ini dihantar untuk memaklumkan secara rasmi kepada majikan mengenai hasrat untuk pemberhentian kerja.

Untuk penulisan surat ini, maka surat ini perlu menggunakan format surat rasmi kerana surat ini berbentuk rasmi.

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan surat rasmi? Surat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi.

Urusan rasmi tersebut merujuk kepada urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.

Surat Berhenti Kerja secara rasmi boleh dihantar oleh pekerja kepada majikan dengan tempoh notis yang dipersetujui mengikut kontrak yang ditandatangani ketika mula diambil bekerja.

Contoh & Format Surat Berhenti Kerja

Format surat rasmi mengandungi 8 perkara yang perlu ada iaitu:

  • Nama dan alamat pekerja
  • Nama, jawatan, dan alamat majikan
  • Tarikh surat ditulis
  • Panggilan majikan
  • Tajuk surat
  • Pengenalan
  • Isi kandungan surat
  • Tandatangan dan nama pekerja

1. Nama dan alamat pekerja

Nama penuh dan alamat pekerja perlu ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.

2. Nama, jawatan, dan alamat majikan

Nama penuh, jawatan, dan alamat majikan mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.

Jawatan majikan mestilah ditulis di bawah nama pekerja tersebut.

Alamat majikan pula mestilah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat agensi/jabatan/organiasi beroperasi.

Lazimnya, surat ini dihantar kepada pengurusan tertinggi atau Pengurus Sumber Manusia di sesebuah syarikat atau organisasi.

3. Tarikh surat ditulis

Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.

4. Panggilan Penerima

Panggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan dan perlu ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.

5. Tajuk surat

Tajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut dan mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.

Tajuk surat tersebut mestilah menyatakan perkara mengenai tujuan utama surat ini ditulis iaitu untuk berhenti kerja.

6. Isi Surat

Isi surat tersebut perlu memberi penerangan mengenai secara terperinci hasrat pekerja tersebut untuk berhenti kerja.

7. Tandatangan dan nama pekerja

Pekerja tersebut perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis.

Berikut merupakan contoh surat yang boleh dijadikan panduan:

(Nama pekerja)
(Alamat rumah pekerja)
(Tarikh)

(Nama majikan)
(Jawatan majikan)
(Nama & Alamat majikan)

PERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA

Saya, (Nama pekerja) yang bertugas sebagai (Jawatan sekarang) di (nama Syarikat) ingin memaklumkan jawatan saya berkuat kuasa pada (tarikh berhenti kerja).

2. Untuk makluman, tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti kerja ini adalah disebabkan (alasan berhenti kerja).

3. Dalam tempoh sebulan ini, saya akan cuba menyelesaikan kerja-kerja yang telah diamanahkan dan memastikan proses penyerahan tugas berjalan dengan lancar.

4. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengalaman berharga di syarikat ini.

Sekian.

Yang benar,

(Tanda tangan)
(Nama pekerja)

Sumber: https://www.jobstreet.com.my/ dan https://www.maukerja.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: