Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Bagi murid atau pelajar yang tidak hadir ke sekolah, salah satu medium untuk memaklumkan ketidakhadiran tersebut adalah melalui surat tidak hadir ke Sekolah.

Surat tidak hadir ke sekolah ialah surat yang ditulis untuk memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah.

Format surat ini mestilah ditulis menggunakan surat rasmi kerana ia dihantar kepada pihak sekolah secara rasmi.

Maksud Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi.

Urusan rasmi tersebut bermaksud urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.

Sekolah merupakan institusi pendidikan dan sebarang perhubungan dengan pihak sekolah melibatkan permohonan atau pemakluman perlulah dilakukan menerusi surat rasmi.

Untuk mengelakkan seseorang pelajar dianggap sebagai ‘ponteng’ sekolah, maka ibu bapa atau penjaga perlulah memberi surat rasmi untuk memberitahu alasan anak-anak tidak hadir ke sekolah.

Format Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Surat ini mengandungi 8 perkara yang perlu ada dalam iaitu:

  • Nama dan alamat pengirim
  • Nama, jawatan, dan alamat penerima/pihak sekolah
  • Tarikh surat ditulis
  • Panggilan Penerima
  • Tajuk (ketidakhadiran ke sekolah)
  • Pengenalan
  • Isi kandungan surat
  • Tandatangan dan nama pengirim

1. Nama dan alamat pengirim

Nama penuh dan alamat pengirim perlu ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.

Dalam hal ini, nama pengirim perlulah diletakkan nama ibu bapa/penjaga yang mewakili murid tersebut.

2. Nama, jawatan, dan alamat penerima

Nama penuh, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.

Nama penerima mestilah merujuk kepada guru besar/pengetua/guru kelas kepada murid terbabit untuk menerima surat ini.

Alamat penerima pula mestilah alamat pejabat yang merujuk kepada alamat sekolah.

3. Tarikh surat ditulis

Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.

4. Panggilan Penerima

Panggilan yang mesti ditulis ialah Tuan/Dato’ (jika berkenaan) dan perlu ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.

5. Tajuk surat

Tajuk surat mestilah merujuk kepada pemakluman ketidakhadiran murid ke sekolah.

Ia perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut dan mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.

6. Isi Surat

Nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan kecuali perenggan pertama.

Pada perenggan pertama, ibu bapa perlu menyatakan nama dan kelas murid yang tidak hadir ke sekolah tersebut.

Untuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada sebab ketidakhadiran tersebut berlaku.

7. Tandatangan dan nama pengirim

Pengirim (ibu bapa) perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.

Contoh Surat

Contoh penulisan surat ini adalah seperti di bawah:

Mohsin Bin Manap,
No 332, Jalan Cenderawasih 5,
Taman Cenderawasih,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Mohamad Karim Bin Zahidi,                                                                 
Guru Kelas 5 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Semenyih,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan. 9 Januari 2023

Tuan,

KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH SELAMA 3 HARI

Semoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Mohsin Bin Manap, bapa kepada Mohd Khusairi Bin Mohsin ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada 10 Januari 2023 sehingga 13 Januari 2023 yang akan datang.

3.         Ini kerana, anak saya akan menjalani rawatan di hospital yang memerlukan untuk berada di hospital selama 3 hari di bawah pemantauan doktor.

4. Diharapkan pihak tuan dapat mengambil maklum mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
MOHSIN BIN MANAP

Maklumat Lanjut

Bagi mengetahui penulisan surat rasmi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=0j81zPINbsk.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: