Cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Cuti Sekolah KPM

Tarikh Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2023 & Cuti Sekolah KPM

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu hari perayaan terbesar di dalam negara yang disambut oleh semua umat Islam.

Untuk pengetahuan, Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah adalah perayaan yang disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan

Ia juga disambut sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas rahmat dan petunjukNya. 

Di Malaysia, perayaan ini akan disertai dengan cuti umum bagi membolehkan rakyat Malaysia menyambut perayaan ini dengan lebih meriah bersama keluarga.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sehingga 30/31 Syawal di dalam kalendar Hijrah.

Jika diikut kepada takwim yang dikeluarkan kerajaan, tarikh Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri Pertama: 22 April 2023 (Sabtu)
  • Hari Raya Aidilfitri Kedua: 23 April 2023 (Ahad)

Namun, ianya tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja dalam hal ini.

Tarikh Cuti Umum Sekolah

Tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi sekolah di bawah KPM ini adalah seperti berikut:

Daripada Facebook Muhammad Fariez

Untuk makluman, negeri kumpulan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i) Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

ii) Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Kemudiannya, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa satu cuti khas diberikan sempena sambutan Aidilfitri iaitu pada 19 April 2023.

Cuti khas ini diberikan bagi membolehkan guru dan keluarga mempunyai lebih banyak masa untuk pulang ke kampung halaman.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai cuti Hari Raya Aidilfitri, layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.

Baca juga:

Bilakah tarikh Hari_Raya Aidil Fitri 2023 di Malaysia?

Jika diikut kepada takwim yang dikeluarkan kerajaan, tarikh Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:
Hari Raya Aidilfitri Pertama: 22 April 2023 (Sabtu)
Hari Raya Aidilfitri Kedua: 23 April 2023 (Ahad)

Walaubagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada Pengumuman Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Bilakah tarikh pengumuman Aidilfitri 2023?

Tarikh cerapan Hilal Syawal bagi tahun 2023 / 1444H ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: