Cuti Pelepasan Pelajar Di Bawah Institusi KPM Sempena PRU-15
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pelajar di bawah institusi tersebut juga akan diberikan cuti pelepasan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pemberian cuti pelepasan yang diberikan ini dibuat bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing sempena pilihan raya tersebut.
Pelaksanaan cuti pelepasan ini juga dibuat sebagai tanda sokongan kepada KPM bagi pelaksanaan Undi18 yang diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember ini dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.
Justeru itu, sempena cuti pelepasan ini, semua kelas atau aktiviti yang membabitkan pelajar dalam tempoh berkenaan perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.
Tempoh Cuti Pelepasan
Tempoh cuti pelepasan yang diberikan oleh KPM sempena PRU-15 adalah bermula 17 November 2022 hingga 21 November 2022.
Ini selaras dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh PRU-15 pada 19 November ini.
Institusi Pendidikan Terlibat
Institusi pendidikan yang terlibat dalam cuti perlepasan ini adalah seperti berikut:
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Kolej Matrikulasi
- Kolej Vokasional
- Tingkatan 6
Tarikh PRU-15
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh PRU-15 seperti berikut:
- Hari Penamaan Calon: 5 November 2022 (Sabtu)
- Hari Mengundi Awal: 15 November 2022 (Selasa)
- Hari Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)
Sumber: Facebook KPM https://www.facebook.com/MOHEOfficial.