Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2023/2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah (cuti sek) bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.

Pihak KPM memaklumkan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024.

Manakala untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.

Pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 adalah dilewatkan selama seminggu daripada tarikh asal untuk supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Negeri Kumpulan

Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:

i) Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

ii) Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan & Cuti Sekolah Sesi 2023 / 2024

Sesi persekolahan bagi 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024 di negeri kumpulan A.

Tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk melalui butiran di bawah:

Untuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan 2023/2024 seperti yang ditetapkan adalah pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.

Perincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Cuti Perayaan 2023 / 2024

Selain itu, KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.

Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Gawai Dayak
  • Hari Deepavali
  • Tahun Baru Cina

Butiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan cuti sekolah KPM bagi kalendar akademik 2023/2024, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *