Takwim Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2025/2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi kalendar akademik sesi 2025/2026 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.

Pihak KPM memaklumkan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 16 Februari 2025.

Manakala untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 17 Februari 2025.

Negeri Kumpulan

Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:

i) Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

ii) Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan & Cuti Sekolah Sesi 2025/2026

Sesi persekolahan bagi 2025/2026 akan bermula pada 16 Februari 2025 sehingga 18 Disember 2025 di negeri kumpulan A.

  • Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
  • Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
  • Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025

Tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk melalui butiran di bawah:

Untuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan 2025/2026 seperti yang ditetapkan adalah pada 17 Februari 2025 sehingga 19 Disember 2025.

  • Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
  • Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
  • Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025

Perincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Cuti Perayaan 2024/2025

Selain itu, KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.

Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Deepavali

Butiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan cuti sekolah KPM bagi kalendar akademik 2025/2026, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Takwim/Takwim%20Persekolahan/Kalendar%20Akademik%202025%202026.pdf.

Baca juga: Kalendar 2025: Cuti Umum, Cuti Sekolah & Kelepasan Negeri

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: