Bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor, kerajaan Negeri Johor menawarkan caruman tabungan awal pendidikan secara percuma melalui SSPN Prime menerusi Dana Didik Johor.
Dana Didik Johor merupakan merupakan tabungan pendidikan awal anak-anak Johor yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor.
Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 melalui Enakmen YPJ No. 8 yang berperanan dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.
Oleh itu, ibu bapa di Negeri Johor yang baru mendapat cahaya mata mereka, mereka adalah dialu-alukan untuk memohon dana ini.
Kadar Caruman
Kadar caruman yang ditetapkan menerusi Dana Didik Johor adalah sebanyak RM100 yang disalurkan ke akaun SSPN Prime anak mereka.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan dana ini adalah seperti berikut:
- Permohonan adalah untuk bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1 Januari 2021.
- Ibu dan bapa kandung adalah warganegara Malaysia (keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor).
- Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan pendaftaran di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSex9Det2wmsLfmQQZDZPcBfIuAlojcPAiew0UfHfwh0Y0ZEHQ/viewform.
- Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
- Pastikan semua maklumat diisi debelum membuat penghantaran.
- Klik butang ‘Sumbit’ untuk menghantar permohonan.
Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter berikut:
- Was-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor.
- Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor.
- Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor.
- Pejabat Yayasan Pelajaran Johor.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Didik Johor, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/.