Dana Siswa HEPA UMT: Bantuan Kewangan Pelajar B40

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuka permohonan bagi pelajar daripada keluarga B40 untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT.

Dana Siswa HEPA UMT disediakan untuk membantu pelajar UMT dalam kategori B40 untuk meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.

Inisiatif ini juga bagi menunjukkan keperihatinan UMT terhadap pelajar golongan B40 dan sangat memerlukan semasa mereka melanjutkan pengajian.

Pelajar yang daripada kategori ini boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022 secara atas talian.

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapan iaitu:

  1. Terbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT.
  2. Pelajar Islam dan non Muslim berstatus aktif.
  3. Pelajar daripada keluarga berpendapatan B40.
  4. Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang Kritikal.

Cara Memohon

Pelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk di Portal MyNemo iaitu https://mynemo.umt.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘HEPA.’
  3. Pilih bahagian ‘My Ihsan.’
  4. Klik bahagian ‘Permohonan Baru’ dan isi atau kemaskini profil pemohon.
  5. Pilih bahagian ‘Dana Asnaf’ dan isi maklumat yang berkaitan.
  6. Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Dana Siswa HEPA UMT, sila berhubung dengan:

Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.
No Telefon: 09-668 4323.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: