DB40 2025 JPA: Permohonan Program Dermasiswa B40

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) 2025.
Berikut adalah info dan maklumat mengenai program dermasiswa ini.
Mengenai DB40
DB40 mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dermasiswa ini adalah seperti berikut;
- UPU Online: 10 Februari-14 Mac 2025
- UP_TVET: 14 April – 15 Jun 2025
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Sekiranya permohonan berjaya, pemohon tidak boleh menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat Khusus
Selain itu, syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:
i) UPUOnline
- Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana tiga subjek lain; dan
- Berjaya mendapat tawaran UPUOnline dan mendaftar di Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang ditawarkan.
ii) UP_TVET
- Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan dan mana-mana satu subjek lain; dan
- Berjaya mendapat tawaran UP_TVET dan mendaftar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ditawarkan.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:
i) Universiti Awam/Politeknik
- Kejuruteraan & Teknikal/Teknologi
- Sains
- Sains Sosial/ Sastera
- Seni Bina
ii) Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- ILKA yang menawarkan pengajian peringkat Diploma dalam bidang TVET sahaja
Cara Memohon
Pemohon dipelawa membuat permohonan pengajian peringkat Diploma atau Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau Saluran Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai DB40 2025, sila layari pautan https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=125&catid=11.
Baca juga: