Dermasiswa Dana Ihsan B40 UTHM RM500

Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang tergolong dalam keluarga B40 boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Dermasiswa Dana Ihsan B40.

Dermasiswa Dana Ihsan B40 diwujudkan sebagai usaha untuk membantu pelajar-pelajar UTHM yang tergolong dalam B40 untuk meneruskan pengajian mereka di dalam universiti tersebut.

Bantuan dermasiswa ini hanya diberikan 1 kali sahaja sepanjang pengajian dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022 secara atas talian menggunakan borang permohonan yang disediakan.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM500 bagi seorang pelajar.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Diploma
  • Sarjana Muda

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi membolehkan pelajar layak menerima bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar berstatus aktif.
  2. Pelajar merupakan pelajar tempatan.
  3. Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak memohon.
  4. Kategori pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan sedang melanjutkan pengajian).
  5. Pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.
  6. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan kali pertama sahaja dan dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)
  7. Bagi pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.
  8. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang aktif ko-kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan.
  9. Tiada mempunyai rekod kesalahan tatatertib.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut iaitu:

  1. Klik pautan permohonan berikut https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6.
  2. Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar borang permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Dana Ihsan B40, klik laman web https://hep.uthm.edu.my/ yang berkenaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: