Dermasiswa & Komputer Riba Anak-Anak Veteran ATM
Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) menawarkan dermasiswa dan komputer riba kepada anak-anak veteran ATM yang memerlukan.
Yayasan LTAT merupakan yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.
Tujuan utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.
Oleh itu, pemohon boleh membuat permohonan bagi dermasiswa dan komputer riba ini sebelum 15 November 2022 iaitu pada hari Selasa.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi permohonan bantuan-bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Skim Dermasiswa
- Terbuka kepada anak Veteran ATM.
- Melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan yang setaraf bagi kemasukan Tahun 2022 di 100 Universiti Terbaik Dunia.
ii) Sumbangan Komputer Riba
- Terbuka kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di IPTA bagi kemasukan Tahun 2022.
- Kemasukan melalui STPM/Matrikulasi atau Asasi.
- Tidak pernah menerima sebarang bantuan komputer riba dari mana-mana pihak.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan https://drive.google.com/drive/folders/16vh_M4ftZ-S2eypEKAqG4omJZW6dmXGe?fbclid=IwAR19lgmaraIHQ1Gh5HZ-pgcYTHNrgOVD0qSYHXjSGnCjPIwxj6omE5JA5Yg.
- Muat turun borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Borang yang telah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan boleh dihantar dalam format pdf terus ke emel [email protected] atau ke pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Veteran.
- Salinan MyKad Pasangan.
- Salinan MyKad Pelajar (untuk permohonan dermasiswa sahaja).
- Salinan Penyata Gaji/Penyata Pencen Terkini Pemohon.
- Salinan Penyata Gaji Terkini Pasangan (bagi yang bekerja).
- Salinan MyKad Pelajar (anak yang memohon).
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA.
- Salinan Transkrip Akedemik terkini.
- Salinan Penyata akaun bank atau SSPN Prime (untuk permohonan dermasiswa sahaja).
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa dan Komputer Riba Anak-Anak Veteran ATM ini, sila hubungi En Md Yazit bin Hashim di talian 03-20508017/011-0333099.