Dermasiswa LZS 2024: Permohonan Pengajian Mesir & Jordan
Anak Selangor yang ingin membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan boleh membuat permohonan menerusi Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai dermasiswa ini.
Mengenai Dermasiswa LZS
Dermasiswa LZS merupakan tajaan pendidikan yang diberikan khusus kepada anak Selangor yang telah memohon untuk melanjutkan pengajian di negara Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan.
Tajaan ini adalah bagi menggalakkan anak-anak Selangor untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah bagi bidang berkaitan Pengajian Islam.
Bagi individu yang berminat, boleh membuat permohonan sebelum 11 Jun 2024.
Syarat Am
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat am seperti berikut:
- Pemohon, Ibu dan bapa Warganegara Malaysia/pemastautin tetap (Dermasiswa Zakat).
- Pemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau pemohon telah menetap lebih dari 1 tahun di Negeri Selangor sehingga kini.
- Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).
- Telah membuat permohonan ke Mesir atau Jordan melalui Kementerian Pengajian Tinggi https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/index.php.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:
Lepasan STAM
i) Mesir (Qiraat)
- Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat tahun 2023 dari institusi berikut:
– Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulau Chondong, Kelantan
– Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
– Kolej Hafiz, Klang, Selangor - Kepujian dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama; atau
- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.
ii) Mesir (Pengajian Islam & Bahasa Arab)
- Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM tahun 2021 dan ke atas sahaja.
- Memiliki SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon:
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya. - Pemohon telah mengambil Imtihan Tahdid Mustawa.
Lepasan SPM
i) Mesir (Ulum Islamiyah)
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2022 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:
– Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
– Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. - Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon:
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaanSijil Menengah Agama (SMA); atau
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaanSijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); dan
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya. - Pemohon telah mengambil Imtihan Tahdid Mustawa.
v) Jordan (Pengajian Islam/Bahasa Arab/Pengajian Al-Quran & Qiraat/Perbankan Islam/Muamalat)
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 dan ke atas sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:
– Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau
– Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
– Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. - Sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon:
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau
– Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my.
- Klik butang ‘Daftar Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Melampirkan bukti permohonan ke Timur Tengah dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa LZS, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS di talian 03 5514 3400 samb. 2035 atau email [email protected]/[email protected] atau whatsapp +6010-343 7054.
Baca juga: