Permohonan Dermasiswa Pengajian Islam TAPEM 2024

Anak Negeri Melaka adalah dipelawa untuk memohon Dermasiswa Pengajian Islam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sesi November 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai dermasiswa ini.

Mengenai Dermasiswa Pengajian Islam TAPEM
Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui TAPEM mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam.
TAPEM ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.
Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.
Permohonan bagi sesi November 2024 bagi melanjutkan pengajian di Universiti Mesir dan Jordan dalam bidang Pengajian Islam ini dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Disember 2024.
Kadar Dermasiswa
Kadar dermasiswa ini adalah seperti berikut:
Negara | Peringkat | Kadar Setahun |
Mesir | Ijazah | 4,000 |
Jordan | Ijazah | 7,000 |
Syarat Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
- Pemohonan Lahir di Melaka.
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka.
- Bermastautin di Negeri Melaka.
- Pengundi di Negeri Melaka.
- Pemohon mesti mengikut pengajian di IPT yang tersenara di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA).
- Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.
- Memperolehi Jayyid Jiddan atau Mumtaz di peringkat STAM.
- Memperolehi CGPA 3.0 di peringkat Diploma.
- Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar menggunakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pelajar dikehendaki mengambil peperiksaan Imtihan Qabul.
- Mode pengajian sepenuh masa.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
- Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Penghulu/Pengerusi JAPERUN/Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Dermasiswa Pengajian Islam TAPEM, sila layari laman web https://tapem.melaka.gov.my/.