Permohonan Dermasiswa UTM Holdings

UTM Holdings mempelawa pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk memohon Dermasiswa UTM Holdings.

Dermasiswa UTM Holdings adalah sumbangan dana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd untuk diberikan kepada pelajar UTM yang memerlukan.

Ini diharap dapat membantu pelajar UTM yang memerlukan terutamanya kepada kepada pelajar yang datang daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Justeru itu, pelajar yang ingin mendapatkan dermasiswa ini boleh membuat permohonan sebelum 13 September 2022.

Faedah Kepada Penerima

Penerima yang bakal menerima dermasiswa ini akan menerima faedah-faedah seperti berikut:

  • Dianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.
  • Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.
  • Peluang kerja amali “internship” dengan UTM Holdings (jika diperlukan).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Berada di Tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2022/2023.
  2. Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Kategori B40.
  5. Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://forms.gle/C3QpJ6gbntJpcyCM6.
  2. Isi maklumat permohonan tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi Hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di talian 011-55599651 atau 07-5530680 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: