Permohonan Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM RM1000
Yayasan Budiman UiTM (YBUiTM) mempelawa pelajar-pelajar UiTM (sepenuh Masa) warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (sarjana/PhD) (Penyelidikan/Kerja Kursus/Mod Campuran) untuk memohon Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM.
Untuk makluman, YBUiTM merupakan sebuah yayasan yang bertanggungjawab mengurus dana untuk pembelajaran dan pendidikan pelajar di UiTM.
Bagi pelajar UiTM yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 15 Mei 2023.
Kadar Dermasiswa
Kadar dermasiswa yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalah RM1,000 satu semester.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon telah mendaftar sebagai siswa/siswi UiTM. Pemohon mestilah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Peringkat Sarjana atau PhD Sepenuh Masa sahaja.
- Pendapatan Isi Rumah/Ibu/Bapa/Penjaga kurang dari RM7,000.00 sebulan.
- Tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan seperti UPTA, Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Cuti Belajar Bergaji Penuh, KPTM–MYBRAINSc/PTPTN atau sedang dalam proses permohonan/kelulusan dan sebagainya Tidak Bankrap, tidak pernah dikenakan sebarang tindakan disiplin dan tidak disenarai hitam di manamana agensi kerajaan (Malaysia dan Antarabangsa).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://ipsis.uitm.edu.my/images/funding/dermasiswaMAC2023.pdf?fbclid=IwAR1LFWE_lwoyVzJZc7CwCC35PEOOg2452Q_YvlA83IEQqElwIpiVt_LgIjA.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Muat naik borang permohonan ke pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCRFwb7ZZRRgeybE8zJx4cEsZwLLAj6xWNhD4QlEYvkGIkEQ/viewform.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Surat Tawaran Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan UiTM (terakhir) yang disahkan oleh Pejabat Dekan.
- Salinan Penyata Cukai Pendapatan atau Penyata Gaji Ibu/Bapa/Penjaga yang telah disahkan.
- Salinan sijil kelahiran pemohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM, layari laman web https://ipsis.uitm.edu.my/index.php/dermasiswa-yayasan-budiman-uitm.