Tawaran Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024

Mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan sama ada Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah dialu-alukan memohon Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah maklumat dan info untuk memohon dermasiswa ini.

Mengenai Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan

Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan bantuan kewangan yang diberikan setahun sekali kepada pelajar-pelajar IPTA yang datang dari keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan.

Dengan adanya dermasiswa ini, ianya sediikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar IPTA yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian mereka.

Permohonan dermasiswa ini dibuka kepada mereka yang menyambung pengajian di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan dibuka mulai 2 Oktober 2024 dan tarikh akhir hantar permohonan adalah pada 16 Oktober 2024.

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan pelajar IPTA peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda.
  2. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan).
  3. Pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  4. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan (pendapatan seisi rumah dibahagikan dengan bilangan tanggungan).
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat akademik iaitu:

  1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.
  2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Cara Memohon

Pemohon boleh memohon menerusi borang permohonan yang boleh diperolehi seperti cara-cara berikut:

  1. Layari laman web www.yayasanwp.org/muat-turun.
  2. Klik butang ‘Borang Dermasiswa Yayasan WP.’
  3. Muat turun borang permohonan tersebut
  4. Isi borang tersebut dengan lengkap dengan menggunakan HURUF BESAR.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang tersebut kepada:

    YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
    NO. 134, WISMA YWP,
    JALAN RAJA ABDULLAH
    KAMPUNG BARU 50300 KUALA LUMPUR

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang tersebut adalah seperti berikut:

  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan surat Beranak
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga
  • Salinan penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA
  • Salinan keputusan / transkrip peperiksaan : SPM, Sijil, STPM, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda
  • Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pemimpin Masyarakat setempat.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan, sila hubungi :

Baca juga: Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: