Permohonan DERMS 2022: Skim Dermasiswa Koperasi Tentera

Untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang masih bersekolah di peringkat menengah, KT telah membuka tawaran bagi memohon Skim Dermasiswa 2022 (DERMS) bagi mereka yang berminat.

DERMS 2022 adalah sumbangan untuk anak-anak anggota KT yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.

Penilaian bagi anak-anak anggota KT yang layak akan ditentukan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir mereka.

Bagi anak-anak anggota KT yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 24 Januari 2022 (Isnin) sehingga 28 Februari 2022 (Isnin).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon DERMS adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada anggota KT sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen mestilah di bawah RM5,000.
  6. Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
  7. Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan berikut iaitu https://bit.ly/3tT5Bh7.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:

     
    Koperasi Tentera
    Wisma Koperasi Tentera
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon DERMS 2022 adalah seperti berikut:

i) Pemohon (Anggota KT)

  1. MyTentera (Anggota ATM)
  2. MyKad (Awam/Pesara)
  3. Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Penyata Pencen Terkini/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendirI

ii) Pelajar (Anak)

  1. Mykad Pelajar
  2. Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2021
  3. Salinan Akaun Bank

Proses Penyaluran

Bagi pemohon yang layak, keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini dan anggota KT perlu memastikan akaun tersebut masih aktif.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1-300-8000-58 atau mengunjungi cawangan KT berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *