Diskaun 20% Tiket Penerbangan Sempena Majlis Konvokesyen UiTM

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly telah menawarkan diskaun 20% tiket penerbangan kepada para graduan dan keluarga sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022.

Pemberian diskaun ini adalah sebagai satu usaha pihak Malaysia Airlines dan Firefly bagi memastikan graduan dan keluarga dapat menghadiri majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh.

Para graduan dan keluarga boleh mendapatkan diskaun ini sehingga 10 Jun 2022 bagi penerbangan pada 12 Jun hingga 7 Julai 2022.

Tarikh Majlis Konvokesyen

Tarikh majlis konvokesyen yang akan diadakan pada tahun ini mengikut kampus adalah seperti berikut:

Tarikh KonvokesyenKampus
14 Jun sehingga 28 Jun 2022UiTM Shah Alam
30 Jun sehingga 1 Julai 2022UiTM Sabah
4 Julai sehingga 6 Julai 2022UiTM Sarawak

Kod Promo

Kod promo yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

  • Malaysia Airlines: MHUITM2022​​
  • Firefly: FYUITM22​

Kelas Penerbangan

Kelas penerbangan yang layak untuk memperoleh diskaun tiket ini adalah:

  • Kelas Ekonomi (Business Class)
  • Kelas Perniagaan (Economy Class)

Cara Pembelian Tiket

Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web https://www.malaysiaairlines.com/ dan https://www.fireflyz.com.my/.

Buat pembelian tiket dan masukkan promo kod yang telah diberikan untuk mendapatkan diskaun tiket penerbangan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai diskaun 20% tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly ini, sila layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/uitm.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *