Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Yayasan Terengganu kini telah menawarkan diskaun 50% bayaran balik kepada peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu.

Diskaun sebanyak 50% ini ditawarkan oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu 1972 sehingga 2022.

Oleh itu, peminjam yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah dialu-alukan untuk membuat pembayaran balik pinjaman bagi mendapatkan diskaun ini.

Tarikh Pelaksanaan

Peminjam yang ingin mendapatkan diskaun 50% bayaran balik ini perlu membuat pembayaran balik pinjaman mulai 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Kategori Yang Layak

Semua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.

Cara Membuat Bayaran Balik

Untuk membuat bayaran balik pinjaman ini, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:

i) Kaunter Bayaran

Peminjam boleh membuat pembayaran balik pinjman di kaunter bayaran di Yayasan Terengganu atau UTC.

Kaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.

ii) Kaunter BSN

Peminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.

iii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)

a) Maybank

  1. Login ke Maybank2U.
  2. Pergi ke bahagian ‘Pay.’
  3. Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.
  4. Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.
  5. Klik pay untuk membuat pembayaran.

b) CIMB Bank

  1. Login ke Maybank2U.
  2. Klik bahagian ‘Pay Bills.’
  3. CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.

c) BSN

  1. Login ke myBSN.
  2. Pergi ke bahagian ‘Bill Payment.’
  3. Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.

d) RHB

  1. Login ke RHB Now.
  2. Klik bahagian ‘Other Biller.’
  3. Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.

e) Jom Pay

Di bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:
– Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam
– Ref 2: Nama peminjam

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut mengenai diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: