Tawaran Diskaun Saman PDRM 50% (31 Ogos-16 Sept)

Sempena Hari Kebangsaan, pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia mengumumkan untuk memberikan diskaun saman PDRM sebanyak 50% sempena Hari Kebangsaan ke-68 menerusi MyDigital ID.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai diskaun saman ini.


Mengenai MyDigital ID
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai.
Mereka yang mendaftar akan disahkan identiti mereka terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad.
Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.
Antara kelebihan aplikasi ini adalah:
- Akses 24/7 Tanpa Halangan: Akses perkhidmatan bila-bila masa, di mana-mana.
- Jimat Masa, Kurang Stres: Tiada lagi barisan panjang dan transaksi lebih pantas & efisien.
- Pengesahan Biometrik Selamat: Disahkan terus melalui pangkalan data kerajaan yang dipercayai.
- Pendaftaran Mudah untuk Perkhidmatan Baharu: Pengalaman yang lebih mudah dan pantas dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.
Diskaun saman menerusi penggunaan MyDigital ID ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara, di samping memberi penghargaan kepada rakyat dengan peluang menyelesaikan saman trafik secara lebih mudah, cepat dan selamat.
Ianya sebagai sebahagian daripada kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi, memastikan akses yang lebih terjamin, sekali gus mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi rakyat
Tarikh Diskaun Saman
Tarikh diskaun saman ini berlangsung mulai 31 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025.
Tawaran pengurangan saman sempena Hari Kebangsaan ini adalah simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia, di samping menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam.

Cara Bayaran Saman
Pembayaran saman ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang “Log Masuk dengan Digital ID”
- Kemudian, buka aplikasi MyDigital ID.
- Klik butang “Imbas QR”
- Imbas kod QR untuk log masuk.
- Klik bahagian semakan saman.
- Senarai saman dipaparkan dan buat pendaftaran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun saman PDRM, sila layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
Baca juga: Baucar Buku MADANI RM100: Kelayakan & Cara Penebusan



