Dividen SSPN 3.05% 2022: Semak Penyata SSPN Secara Online

Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh membuat semakan penyata SSPN-i untuk mengetahui status baki terkini akaun selepas pengumuman dividen SSPN tahun 2022.

Pemberian dividen 3.05% ini lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.00% pada tahun 2021.

Berikut dikongsikan lebih lanjut.

Kadar Dividen SSPN 2022

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pendeposit SSPN bagi tahun 2022 akan menerima dividen sebanyak 3.05%.

Dividen ini diberikan hasil daripada pelaburan PTPTN dalam pasaran wang dan pasaran sukuk yang dibenarkan.

Pemberian dividen ini akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM266.17 juta.

Ganjaran Kesetiaan SSPN

PTPTN juga turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 pada kadar 1%.

Ganjaran kesetiaan merupakan hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.

Ganjaran kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00.

Mengenai SSPN

SSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi sejak tahun 2004.

Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi.

Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” yang mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Menerusi skim ini, pendeposit akan menerima pelbagai manfaat keistimewaan seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Semakan Penyata & Pengkreditan Dividen SSPN

Semakan penyata SSPN boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama.
  2. Klik ‘Daftar Pengguna Baru’ bagi pengguna baharu.
  3. Masukan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik butang ‘Simpan atau Daftar.’
  4. Semak email yang dimasukkan semasa pendaftaran.
  5. Klik link yang diberikan oleh pihak SSPN/PTPTN untuk pengaktifan.
  6. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah dibuat semasa pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan penyata SSPN, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ atau https://sspn-online.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: