Dividen Tabung Haji 2022 & Semakan Pengkreditan

Pihak Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kadar dividen Tabung Haji bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Untuk pengetahuan, pengumuman Agihan Keuntungan mulai tahun 2022 dibuat setelah prestasi dan kedudukan kewangan TH selesai diaudit pada awal suku kedua tahunan.

Sebelum ini, pengumuman Agihan Keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan awal sebelum audit selesai.

Ini mengambil kira saranan penambahbaikan berikutan syor awal oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Kadar DividenTabung Haji 2022

Dividen bagi tahun kewangan 2022 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat sebanyak 2.57% dilunaskan bagi pihak pendeposit.

Dividen ini adalah lebih tinggi berbanding dengan purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34%.

Ini akan melibatkan jumlah sebanyak RM2.65 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

Formula Pengiraan

Pengiraan dividen bagi tahun 2022 adalah seperti tahun lalu, iaitu berdasarkan purata baki bulanan minimum yang disimpan sepanjang tahun.

Formula pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah
setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Semakan Pengkreditan Dividen Tabung Haji 2022

Jumlah dividen dan baki terkini boleh disemak mulai pukul 12:00 tengah hari, pada hari Sabtu, 29 April 2023 menerusi kaedah berikut:

  • Kaunter cawangan TH
  • Kaunter cawangan bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam dan Bank
    Rakyat
  • Platform THiJARI
  • Saluran elektronik bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat,
    Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic

Pendeposit Tidak Layak Menerima Dividen

Pendeposit yang tidak layak untuk menerima dividen ini adalah seperti berikut:

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dan berstatus dorman iaitu akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup sebelum tarikh dividen dibuat.
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka selepas 5 Disember 2022 (tidak
    cukup satu bulan penuh).

Soalan Lazim Dividen Tabung Haji 2022

Siapakah yang layak menerima dividen TH bagi tahun 2022?

Pendeposit yang layak adalah:
– Akaun berstatus aktif pada 31 Disember 2022 dan kekal aktif semasa tarikh
kredit Agihan Keuntungan dibuat.
– Membuka akaun pada atau sebelum 5 Disember 2022.

Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di
TH?

Agihan Keuntungan bagi Tahun Kewangan 2022 ini diagihkan setelah zakat
dilunaskan bagi pihak pendeposit. Oleh itu, pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima. Pihak TH telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Bagaimanakah dividen dibayar kepada pendeposit?

Agihan Keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang
masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai dividen Tabung Haji 2022, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: