Jumlah Dividen Tabung Haji 2024 & Tarikh Pengkreditan

Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kadar dividen Tabung Haji bagi tahun 2025 yang akan diagihkan kepada para pendeposit.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai dividen ini.

Jumlah Dividen Tabung Haji 2024

Jumlah dividen yang diumumkan oleh pihak Tabung Haji bagi tahun 2025 adalah 3.25% dengan zakat 2.5775% yang telah dilunaskan oleh pihak Tabung Haji bagi pihak pendeposit.

Ini akan membabitkan jumlah agihan bernilai RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun 2023.

Agihan tersebut juga akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.

Menariknya, pemberian dividen tahun 2024 ini adalah tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Info Agihan Dividen

Antara info mengenai agihan dividen ini pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Zakat 2.5775%- Telah dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.
  • RM99.35 juta- Pelunasan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi tahun 2024.
  • RM1.47 bilion- Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan sehingga tahun 2024.
  • 2.2 juta- Asnaf terima manfaat daripada Program CSR Zakat Wakalah TH sehingga tahun 2024.

Formula Pengiraan

Pengiraan dividen bagi tahun 2024 adalah seperti tahun lalu, iaitu berdasarkan purata baki bulanan minimum yang disimpan sepanjang tahun.

Formula pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.25% = (Baki simpanan terendah
setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.25%

Sejarah Pemberian Dividen Tabung Haji Terdahulu

Jumlah pemberian dividen bagi tahun-tahun terdahulu adalah seperti berikut:

  • 1994 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1997 : 9.5%
  • 1998 : 8.0%
  • 1999 : 8.0%
  • 2000 : 5.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2002 : 3.5%
  • 2003 : 4.0%
  • 2004 : 4.3%
  • 2005 : 4.5%
  • 2006 : 4.75%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2008 : 5.0%
  • 2009 : 5.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2011 : 6.0%
  • 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
  • 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus 
  • 2014 : 6.25% + 2% Bonus
  • 2015 : 5% + 3% Bonus
  • 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
  • 2017 : 4.25% + 1.75%
  • 2018 : 1.25%
  • 2019 : 3.05%
  • 2020 : 3.10%
  • 2021 : 3.10%
  • 2022 : 3.10%
  • 2023 : 3.10%

Semakan Pengkreditan Dividen

Jumlah dividen dan baki terkini boleh disemak mulai pada hari Ahad, 23 Mac 2025 menerusi kaedah berikut:

  • Kaunter cawangan TH
  • Platform THiJARI
  • Saluran elektronik bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat,
    Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai dividen Tabung Haji 2024, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms.

Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: