Permohonan DPLI UKM 2024 (Sesi Kemasukan September)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif ambilan September 2024.

Berikut merupakan maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Mengenai DPLI UKM

DPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.

Menariknya Program DPLI UKM Eksekutif ini adalah ianya dilaksanakan dalam mod cuti sekolah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2024.

Kelebihan DPLI UKM

Terdapat beberapa kelebihan program ini iaitu:

  • Dilaksanakan semasa cuti persekolahan.
  • Yuran Pengajian berpatutan.
  • Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan).
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.
  • Mendapat pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Lokasi Pengajian

Lokasi pengajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  2. Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
  3. Tiada had umur permohonan.  

Struktur Bayaran

Struktur bayaran yang dikenakan bagi program ini adalah seperti berikut:

i) Semester 1

  • Bayaran pertama: RM1500
  • Bayaran kedua: RM1000
  • Bayaran ketiga: RM1000

ii) Semester 2

  • Bayaran pertama: RM1500
  • Bayaran kedua: RM1000
  • Bayaran ketiga: RM1000

iii) Yuran semester 3

  • Bayaran pertama : RM1200
  • Bayaran kedua : RM1000
  • Bayaran ketiga: RM1000

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://koperasisiswazah.com/cara-permohonan-dpli/.
  2. Klik butang ‘Klik Sini Untuk Permohonan DPLI Ambilan September 2024.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://koperasisiswazah.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: