Permohonan DPLI UKM 2025 (Sesi Kemasukan Mac)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif ambilan Mac 2025.
Berikut merupakan maklumat dan info mengenai permohonan ini.
Mengenai DPLI UKM
DPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.
Menariknya Program DPLI UKM Eksekutif ini adalah ianya dilaksanakan dalam mod cuti sekolah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2025.
Kelebihan DPLI UKM
Terdapat beberapa kelebihan program ini iaitu:
- Dilaksanakan semasa cuti persekolahan.
- Yuran Pengajian berpatutan.
- Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan).
- Anggaran pengajian 3 semester.
- Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.
- Mendapat pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Yuran pengajian RM10,200 (bayaran boleh dibuat mengikut semester).
- Pembelajaran yang fleksibel.
Lokasi Pengajian
Lokasi pengajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua pemegang Ijazah Sarjana Muda.
- CGPA Ijazah Sarjana Muda tidak kurang 2.5.
- Tiada had umur permohonan.
Struktur Bayaran
Struktur bayaran yang dikenakan bagi program ini adalah seperti berikut:
i) Semester 1
- Bayaran pertama: RM1500
- Bayaran kedua: RM1000
- Bayaran ketiga: RM1000
ii) Semester 2
- Bayaran pertama: RM1500
- Bayaran kedua: RM1000
- Bayaran ketiga: RM1000
iii) Yuran semester 3
- Bayaran pertama : RM1200
- Bayaran kedua : RM1000
- Bayaran ketiga: RM1000
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Isi maklumat permohonan dan Muat naik dokumen- dokumen menerusi pautan di: https://tinyurl.com/permohonanDPLIUKM2025 selewat-lewatnya 28 Februari 2025.
- Senarai nama penerimaan dokumen yang LENGKAP akan dikeluarkan di telegram https://tinyurl.com/DPLIUKM2025.
- Surat tawaran akan diperoleh bagi calon yang berjaya *anggaran pada Mac 2025 (tertakluk kepada sebarang perubahan semasa).
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai DPLI UKM, sila hubungi urusetia program: 017-2300852
Baca juga: Permohonan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2024