DPLI UM: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya (UM), pelajar boleh membuat permohonan pengajian ini melalui Fakulti Pendidikan UM.
Di UM, DPLI UM lazimnya dikenali sebagai Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) yang menawarkan pengajian minimum 1 tahun (2 semester) dan maksimum 3 tahun (6 semester).
Kebiasaannya, program ini menawarkan kaedah pengajian kerja kursus dengan kredit bergraduat selama 36 semester.
Bidang Pengkhususan
Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Bahasa Cina
- Pendidikan Bahasa Melayu
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Matematik
- Pendidikan Tahfiz
- Pendidikan Kejuruteraan
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Sains Komputer
- Pendidikan Fizik*
- Pendidikan Biologi*
- Pendidikan Kimia*
- TESL
*Jadual waktu fleksibel kecuali bagi bidang pengkhususan ini
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); atau
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); dan
– Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; atau
– Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; atau
– Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; atau
– Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya - Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
- Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, pemohon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.
- Bagi pengkhususan PBISBK, pemohon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.
Untuk pelajar antarabangsa, terdapat syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:
- Pemohon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.
- Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.
Untuk pelajar OKU berkeperluan khas atau OKU, selain syarat yang dinyatakan, permohonan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.
Cara Memohon
Permohonan untuk pengajian ini mestilah dibuat menerusi laman web https://maya.um.edu.my/ apabila iklan dibuka.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai DPLI UM, layari laman web https://education.um.edu.my/.