DPLI UMS 2023: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat menyambung pengajian ke universiti terbut bagi pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UMS.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2023.

Pengenalan DPLI UMS

DPLI ialah salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi mereka yang ingin bergelar guru untuk mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.

Salah satu universiti yang menawarkan pengajian ini adalah UMS bagi tempoh pengajian 1.5 tahun.

Permohonan bagi sesi kemasukan September 2023 telah dibuka dan akan ditutup pada 30 April 2023.

Bidang Ditawarkan DPLI UMS

Pengajian ini menawarkan bidang-bidang tersebut:

  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Sains dan Matematik

Struktur Program

Stuktur program bagi pengajian ini adalah seperti berikut:

Struktur Yuran

Struktur yuran bagi pengajian ini adalah seperti berikut:

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  3. Sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
  4. Tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan/swasta atau kursus dalam tempoh cuti.
  5. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; atau
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti; dan
  7. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  8. Prinsipal Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat STPM/Setaraf.

Tatacara Permohonan DPLI UMS

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://linktr.ee/dpliums2023.
  2. Klik butang “Daftar Permohonan.”
  3. Klik butang “Apply Now.”
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Register.”
  5. Login dan lengkapkan permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan DPLI UMS 2023, layari laman web https://linktr.ee/dpliums2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: